Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan berbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Maksudnya:

“Barangsiapa menghayati malam Lailatul qadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadah yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

baca: LAILATUL QADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatul qadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan berbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya: Maksudnya:

“Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”

baca: Sebab turun surah al-Qadr

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan.
Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan.
Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan.

baca: Fadhilat Malam Lailatul Qadar, Kelebihan Dan Tanda-Tandanya

Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatul qadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya.
Baginda menjelaskan malam Lailatul qadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatul qadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan.

baca: Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar

Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatul qadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t.
supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadah.
Kerana dengan cara itulah saja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

baca juga: Tanda Seseorang Mendapatkan Lailatul Qadar
Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar Rating: 4.5 Diposkan Oleh: udan ,