Sebab turun surah al-Qadr

Sebab turun surah al-Qadr

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar.
Ia lebih baik dari 1000 bulan yang lain.
Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

baca: Fadhilat Malam Lailatul Qadar, Kelebihan Dan Tanda-Tandanya

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun.
Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu.
Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka.
Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

baca: Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatul qadar.
Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut Maksudnya:

“Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya”

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah.

baca: Tanda Seseorang Mendapatkan Lailatul Qadar

Kata Aisyah r.a. Maksudnya:

“Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah.
Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.

baca juga: Tanda Malam Lailatul Qadar
Sebab turun surah al-Qadr Rating: 4.5 Diposkan Oleh: udan ,